Monday, April 30, 2012

TIGA LANGKAH DALAM PROSES PEMILIHAN KERJAYA DAN PENDIDIKAN




Keselarasan antara ciri peribadi dengan ciri pekerjaan atau
program pengajian adalah sangat penting kerana ia dikatakan boleh mempengaruhi motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti dalam sesuatu pekerjaan. Sehubungan itu Parson (1908, dalam Sidek Mohd Noah, 2006) menyenaraikan tiga langkah dalam proses pemilihan kerjaya dan pendidikan.



Langkah Pertama

Langkah pertama ialah menolong individu mengenal pasti potensi diri menggunakan kaedah tertentu. Menurut Nowak (1986), untuk mengenal pasti potensi diri individu, aspek yang berkaitan dengan personaliti, minat, nilai serta pencapaian perlulah diteroka secara objektif dan mendalam. Terdapat pelbagai kaedah dan pendekatan yang boleh digunakan untuk mengenal diri namun kaedah yang paling popular berasaskan pendekatan Parson iaitu menggunakan teknik psikometrik. Pendekatan ini melibatkan penggunaan ujian psikologi yang meliputi ujian minat kerjaya, ujian personaliti, ujian nilai dan ujian pencapaian.





Langkah Kedua

Langkah kedua dalam strategi pemilihan kerjaya yang baik memerlukan individu mengumpulkan maklumat sebanyak mungkin mengenai sesuatu pekerjaan atau bidang pengajian. Antaranya termasuklah penerangan tentang pekerjaan, keperluan latihan, tempat latihan, syarat kelayakan akademik, jangka masa latihan dan maklumat lain yang berkaitan.





Langkah Ketiga

Langkah ketiga memerlukan individu membuat keputusan dalam memilih kerjaya. Langkah terakhir ini sangat penting kerana ia akan menentukan masa depan seseorang individu. Pada peringkat ini individu perlu menentukan dengan tepat matlamat kerjayanya dengan memadankan maklumat berkaitan potensi diri dengan maklumat tentang kerjaya yang dipilih. Dalam proses pemadanan kedua aspek ini, unsur kompromi aspek berkenaan mungkin memainkan peranan yang sangat penting.

Walaupun proses pemadanan ini amat mudah difahami iaitu seakan-akan memadankan pasak bulat ke dalam lubang bulat atau memadankan pasak empat segi ke dalam lubang empat segi, namun proses ini amatlah rumit dan memerlukan kepakaran khusus. Pada akhir langkah ketiga ini individu perlu memastikan beliau mempunyai matlamat kerjaya yang jelas. Matlamat kerjaya yang jelas ini perlu kerana ia dapat memberi arah serta hala tuju kepada individu tersebut di samping berperanan sebagai sumber motivasi dalaman yang penting dan utama.

Kesukaran Dalam Pemilihan Kerjaya

Mengapakah anda sukar untu membuat keputusan mengenai pemilihan kerjaya?


Amir Awang (1983) menyenaraikan tiga sebab utama mengapa berlakunya kesukaran dalam membuat keputusan mengenai pemilihan kerjaya dalam kalangan individu.
Antara kesukaran yang dikemukakan oleh beliau adalah :

a) masalah tidak boleh membuat keputusan disebabkan seseorang itu mempunyai minat dalam pelbagai bidang, minat tidak jelas atau tidak mempunyai minat langsung terhadap apa jua kerjaya;

b) ketiadaan kesempurnaan semasa membuat pilihan iaitu pelajar tidak dapat mengagak dengan baik akan personalitinya, minatnya, nilainya, kebolehannya dan pencapaiannya menyebabkan pilihan kerjaya yang dibuat tidak setimpal dengan sifat peribadinya; dan

c) kekurangan pengetahuan dan maklumat tentang dunia pendidikan dan pekerjaan yang akhirnya menimbulkan masalah identiti kepada para pelajar atau para remaja.

Monday, April 16, 2012

Tuesday, April 10, 2012

TWO SAMPLE INTERVIEWS

BODY LANGUAGE : JOB INTERVIEW

CONTOH RESUME YANG BAIK


 Khairul bin Awang

No. 6 Lorong UPSI 1,
Taman UPSI,
14300 Tanjong Malim,
Perak
017-4857410

Jawatan Juruteknik Komputer
Objektif                                                                                                  
Mencari Perkerjaan didalam bidang teknologi maklumat dan peluang untuk  memberikan mutu perkhidmatan kearah kreativiti mencorak  kemahiran teknikal yang berkaitan teknologi komputer .
Profil Diri
Ø Nama Penuh : Khairul bin Awang
Ø Tempat Lahir:   Kuala Ketil, Pendang
Ø Status Perkahwinan:Bujang
Ø Tempat Lahir:01/05/1990
Ø Warganegara:Malaysia
Ø No Kad Pengenalan :8000000000
Ø Agama:Islam
Ø Jantina:Lelaki
Ø Alamat: No. 6 Lorong UPSI 1,Taman UPSI,14300 Tanjong Malim, Perak

Maklumat Pendidikan
  • Kelulusan tertinggi: Diploma Sains Komputer (2008– 2010) Basic Learning of Related to Computer Science
  • Institusi : Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • CGPA : 3.78 daripada 4.00
  • Kedua tertinggi : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (2005) Aliran Sains Tulen
  • Institusi :Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang .Kedah Darul Aman
  • Pencapaian : 7A 2B 2C
  • Lain-lain :Sijil Kursus Pembantu juruteknik sistem komputer Tahap1/2 2008
Aktiviti Kokurikulum
  • Kedet Remaja  Sekolah
  • Ahli  Kelab Catur Sekolah
  • Kelab Komputer Sekolah
  • Kesatria Negara
  • Football Club UiTM 
  • Kelab Pencegah Jenayah

Kebolehan Bahasa
Percakapan
ü  Bahasa Melayu (sangat baik)
ü  Bahasa Inggeris(baik)
ü  Bahasa Cina (Sangat Baik)
Penulisan
ü  Bahasa Melayu (sangat baik)
ü  Bahasa Inggeris (sangat baik)
ü Bahasa Cina (Sangat Baik)

Kemahiran Teknikal
  • Pengiktirafan Sijil : Diploma Sains Komputer/ Sijil Kursus Pembantu juruteknik sistem  komputer
  • Perkakasan         : HDD  motherboards,Ram,Cpu,video kad,Rom     Player ,Modem,router
  • Operating system:Window xp,vista ,window 7
  • Perisian               :MS office,word,excel,outlook,powerpoint
  • Lain-lain             :Pemasangan rangkaian LAN/WAN,menambah baik sistem
Pengalaman Teknikal

Technichian repair komputer Jalan sanglang                                  2011 Jan-April

Mengendalikan pembaikpulih kerosakan komputer dan laptop,memastikan tugas dilaksanakan mengikut standard yang ditetapkan syarikat,menasihati dan mensyorkan perkakasan dan perisian security kepada pelanggan.Mengeluarkan invoice bagi kos pembaikpulih dan menempah model-model perkakasan komputer.
ü  Menjalankan analisa setiap unit model yang sampai
ü  Menerima tempahan dan hadir ke tempat yang diarahkan bagi urusan pembaik pulih.           

Rujukan

Encik Lew Boon Hua ( Bekas Supervisor dan Ketua Bahagian)

Technichian repair komputer Jalan sanglang No Hp : 014-4578540
Puan Rodziah bt Mat ali (Bekas pembekal barangan komputer)

Suzikelate network sdn bhd No hp:015-1484513

SOALAN-SOALAN TEMUDUGA

Anda boleh ibaratkan pengalaman menghadiri temuduga sama seperti menyelam ke laut dalam. Apa saja mungkin terjadi. Anda mungkin terjumpa terumbu karang yang eksotik atau mungkin ditelan jerung!

Dah takut ke?
Tak perlu.

Walaupun setiap majikan adalah berbeza dan soalan temuduga adalah khusus untuk industri tertentu, masih ada soalan - soalan yang sesuai untuk semua bidang. Baca dan fahamkan soalan - soalan temuduga di bawah. Semua soalan temuduga yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan keperluan sektor swasta di Malaysia sahaja.
Fikirkan jawapan yang paling sesuai berdasarkan pengkhususan kerja anda (ini adalah permulaan yang baik untuk persediaan temuduga). Setelah itu, berlatih seolah - olah anda sedang diajukan soalan - soalan tersebut dalam temuduga. Anda boleh menggunakan bantuan beberapa perkataan yang power
Remember, practice makes perfect! Bakal majikan pasti tertarik dengan kebolehan anda untuk menjawab apa jua soalan yang diajukan. Di bawah saya berikan beberapa contoh soalan temuduga untuk lepasan ijazah dan yang berpengalaman.

Tell me about yourself. Ceritakan tentang diri anda
Anggaplah bahawa soalan ini membuka peluang untuk anda mempromosikan diri sendiri. Walaupun nampak mudah, tapi sebenarnya tidak. Jangan habiskan sepuluh minit untuk bercerita tentang butiran peribadi sahaja. Majikan tidak mahu tahu anda berasal dari mana atau di mana anda bersekolah. Hadkan jawapan kepada nama, umur, kediaman sekarang dan kelayakan tertinggi. Selepas itu tekankan pada kelebihan skil dan pengalaman anda. Habiskan jawapan anda dengan menyuarakan keinginan untuk berkhidmat kepada syarikat tersebut.
Why should we hire you? Kenapa mesti kami pilih anda untuk jawatan ini?
Jangan menjawab soalan ini secara umum seperti kebanyakan calon. Sejumlah besar calon akan memberikan jawapan hardworking atau honest. Jangan buat kesalahan yang sama. Serlahkan keistimewaan anda dengan menghuraikan tentang kualiti diri anda yang unik.
Why do you want to work here?Mengapa anda memilih syarikat ini?
Ini adalah salah satu soalan temuduga yang akan digunakan oleh majikan untuk memeriksa sama ada anda ada membuat sedikit homework. Anda tidak patut sama sekali menghadiri panggilan interview tanpa menyelidik tentang latar belakang, perkembangan dan bidang industri syarikat yang berkaitan. Sekiranya anda bersedia dengan maklumat - maklumat tersebut, majikan akan melihat anda sebagai seorang yang berinisiatif dan boleh diharap. Anda juga akan lebih bersedia jika ditanya soalan yang berkaitan dengan syarikat.
What is your greatest weakness? Apakah kelemahan anda yang paling ketara?
Soalan ini perlu dijawab dengan jujur. Tetapi pada masa yang sama, ceritakan bagaimana kelemahan tersebut menjadi kelebihan kepada anda. Contohnya, ceritakan bagaimana anda menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan syarikat yang lepas dan apa langkah - langkah yang anda telah ambil mengatasi masalah tersebut. Ini akan mengambarkan anda sebagai seorang individu yang mampu mencari kelemahan diri sendiri dan berusaha memperbaikinya.
Why did you leave your last job?
Kenapa anda berhenti dari tempat kerja yang lepas?
Walaupun kerjaya anda di syarikat yang lepas berakhir dengan dasyat (!), baik anda berhati - hati apabila menjawab soalan ini. Jangan ambil peluang ini untuk mengadu dumba. Ia memberikan imej yang tidak baik (bad impression) semasa temuduga. Jawab secara diplomatik yang mungkin. Sekiranya anda perlu ada menyatakan beberapa aspek negatif, pastikan anda tidak lupa menyertakan beberapa aspek yang positif juga.
Describe a problem situation and how you solved it.
Huraikan suatu masalah yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda menyelesaikannya.
Soalan temuduga ini memerlukan anda berfikir. Memang agak sukar untuk anda menjawab soalan ini, lebih - lebih lagi sekiranya anda seorang fresh graduate dan tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja. Penemuduga ingin melihat kebolehan anda untuk berfikir secara kritikal tidak kira untuk apa situasi. Walaupun masalah yang anda hadapi cuma tidak cukup masa untuk belajar, terangkan langkah - langkah yang anda ambil untuk menyusun jadual harian anda. Ini akan menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang bertanggungjawab dan boleh menyelesaikan masalah dengan baik.
What accomplishment are you most proud of?Apakah pencapaian yang paling anda banggakan?
Taktik menjawab soalan ini adalah dengan memilih pencapaian yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon. Walaupun pencapaian anda yang terbaik adalah mendapat tempat pertama dalam peraduan memasak maggi peringkat negeri, tolong pilih pencapaian yang lebih berkaitan dengan kerjaya profesional anda. Fikirkan kualiti - kualiti yang diingini oleh majikan dan tekankan bagaimana anda boleh memenuhi kriteria tersebut.
What are your salary expectations? Berapakah gaji yang anda harapkan?
Soalan temuduga ini juga agak sukar, terutamanya bagi yang kurang pengalaman. Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum sebelum temuduga adalah menyelidiki lingkungan gaji untuk bidang anda di Malaysia. Anda boleh mengunakan khidmat percuma Jobstreet untuk tujuan tersebut. Jangan mengemukakan apa - apa soalan berkaitan gaji kepada penemuduga selagi penemuduga tidak berbuat demikian. Sekiranya penemuduga mengemukakan soalan tersebut, berikan lingkungan gaji yang anda inginkan, misalnya RM2000 - RM2500. Jangan berikan jawapan yang spesifik sehingga anda ditawarkan kerja.
soalan temuduga 1soalan temuduga 1soalan temuduga 1soalan temuduga 1

INGIN MENGHADIRI KE TEMUDUGA? SILA DAPATKAN BEBERAPA TIPS DARIPADA KAMI..

Tips temuduga yang berikut boleh membantu ANDA. tips temuduga 1

Perkara yang perlu anda tahu:
  • Hampir semua temuduga untuk sektor swasta di Malaysia dijalankan dalam Bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. Anda tak perlu menggunakan slang mat saleh semata - mata hendak menarik perhatian. Kekalkan gaya percakapan yang biasa. You do not have to speak the Queen's English to get a job.
  • Gunakan bahasa yang sama dengan penemuduga. Kalau penemuduga berbahasa Melayu, jangan nak tunjuk pandai dengan menjawab dalam Bahasa Inggeris, dan sebaliknya. Begitu juga dengan dengan penggunaan bahasa yang konsisten. Jangan kejap Bahasa Melayu kejap Bahasa Inggeris. Kalah rojak Singapore (macam website ni. keh.. keh.. keh).
  • Samada untuk penulisan resume atau semasa temuduga, pastikan bahawa Bahasa Inggeris yang anda gunakan adalah ditahap yang boleh diterima (acceptable level). Sekiranya Bahasa Inggeris anda tidak berapa lancar, berlatih dari sekarang. Anda boleh :


    1. Menonton filem Inggeris (dengan nawaitu nak belajar bahasa Inggeris la)
    2. Membaca secara lantang artikel dalam Bahasa Inggeris setiap hari untuk membantu kelancaran sebutan. Pilihlah artikel yang menarik minat anda seperti gosip, sukan, hiburan dan sebagainya supaya anda lebih menumpukan perhatian. Janganlah baca majalah Playboy plak. Menambah dosa je.
    3. Berlatih bertutur dalam Bahasa Inggeris setiap kali ada kesempatan. Jangan hiraukan kalau rakan - rakan mengejek. Jangan hiraukan jika orang kata anda nak menunjuk - nunjuk. Bukan mereka yang menjaga periuk nasi anda.
  • Temuduga adalah masa untuk menampilkan diri anda dan mencungkil dengan lebih lanjut tentang syarikat dan kerja yang anda pohon. Ini juga adalah masa untuk majikan untuk menilai anda dan kesuaian anda untuk jawatan tersebut. Be yourself. Tak payah berlagak macho (lelaki) atau beraksi manja (perempuan). Atau sebaliknya. kuang kuang kuang…
  • Bayangkan diri anda sebagai seorang tetamu. Tunggu sehingga penemuduga menghulurkan tangan untuk berjabat. Tunggu sehingga anda disuruh duduk.
  • Dengar dengan teliti kepada penemuduga. Mudah untuk anda menjawab soalannya kelak. Jangan pulak biarkan fikiran anda menerawang jauh sampai ke Akademi Fantasia.
  • Jangan cakap berterabur. Susun ayat anda. Sebut dengan jelas. Penemuduga hendak melihat kebolehan anda untuk mempersembahkan diri serta idea anda dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa pembaca Al-Qur'an mempunyai sebutan yang jelas dan intonasi yang baik. Tu la... Al-Qur'an malas nak sentuh. Berabuk kat dalam lemari.
  • Semasa persediaan untuk temuduga, pastikan anda ada membuat homework tentang jenis soalan temuduga yang mungkin dikemukakan. Ala... macam buat homework masa nak nikah dulu. Beriya - iya hafal rukun islam, rukun nikah, mandi wajib…
  • Cara anda menjawab soalan akan menunjukkan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik. Hadkan kepada menjawab soalan yang ditanya sahaja, supaya anda tidak off-topic.
  • Bersedia untuk menerangkan bagaimana anda menangani sesuatu situasi atau masalah yang mungkin anda hadapi semasa bertugas.
  • Jangan bertanya pasal gaji (basic salary) sehingga penemuduga berbuat demikian.
  • Jangan mengulangi soalan yang telah pun terjawab semasa temuduga.

Tahukah anda cara menulis resume yang baik??

 Menulis Resume atau Latar Diri merupakan tindakan awal yang penting bagi calon-calon sebelum ditemuduga. Ianya merupakan satu dokumen penting yang digunakan olah majikan bagi menolong memudahkan proses mengenalpasti pemilihan calon untuk ditemuduga.
 Apa itu Resume?
  • satu dokumen rasmi yang peribadi mengenai diri anda untuk pertimbangan sesuatu jawatan.
  • satu dokumen iklan diri (bukan untuk tatapan umum) yang ditulis secara teratur bagi tujuan pertimbangan untuk sesuatu jawatan atau peluang kerjaya.
  • satu dokumen yang mengemukakan pencapaian serta prestasi diri.
  • satu dokumen yang boleh memperkenalkan serta menghubungkan anda sebagai pemohon dengan bakal majikan.
  • suatu alat pengukuran serta penilaian diri yang boleh mencerminkan sikap kreativiti serta persepsi anda terhadap kerjaya hidup & potensi diri.
Panduan Persediaan Sebelum Menulis Resume
  • para pelajar perlu merancang menyiapkan resume mereka pada atau sebelum tahun akhir pengajian.
  • seterusnya anda boleh mula mencatatkan maklumat-maklumat yang penting dan sesuai untuk diketahui oleh majikan.  Catat, senaraikan dan lihat kepentingan, kesesuaian serta keutamaannya.
  • Contoh :
a) Nama dan maklumat peribadi.
b) Alamat surat menyurat.
c) Latar belakang pendidikan (menengah ke atas).
d) Pencapaian dalam pendidikan.
e) Penglibatan dalam kokurikulum.
f) Anugerah serta kejayaan tertentu.
g) Pengalaman / latihan praktik (jika ada)
h) Kemahiran serta bakat tertentu.
  • seterusnya pilihlah rupa bentuk serta jenis resume yang difikirkan sesuai untuk memenuhi keperluan anda.
  • akhir sekali tulislah resume anda supaya hasilnya memuaskan pada anda serta menarik perhatian majikan.
  • hasil terakhir Resume mestilah ditaip di atas kertas yang sesuai dan bermutu (A4 – 80 gram).
Komponen-komponen Penting dalam Resume

 Komponen-komponen berikut biasanya dimasukkan ke dalam resume :
  • Nama penuh (mengikut kad pengenalan)
  • Gambar terbaru (saiz passport)
  • Butir-butir peribadi (tarikh & tempat lahir, taraf perkahwinan)
  • Alamat surat menyurat (termasuk poskad)
  • Alamat tetap (jika lain dari no. 4)
  • Objektif pekerjaan (sekiranya sudah pasti dan mesti sesuai dengan jawatan yang dipohon).
  • Latar belakang pendidikan (tinggalkan pendidikan rendah, kelayakan tertinggi lebih diutamakan).
  • Pengalaman kerja (termasuk kerja sementara & latihan amali).
  • Aktiviti kokurikulum dan persatuan.
  • Keahlian dalam badan-badan ikhtisas (jika ada) serta taraf keahlian.
  • Penglibatan masyarakat / komuniti.
  • Penerbitan (jika ada).
  • Taraf serta kemahiran berbagai bahasa.
  • Kemahiran lain (menaip, komputer).
  • Lesen memandu (taraf / gred).
  • Minat & kegemaran (mendaki, berenang, melukis).
  • Rujukan 2 orang yang kenal anda (bukan saudara mara).