Tuesday, April 10, 2012

Tahukah anda cara menulis resume yang baik??

 Menulis Resume atau Latar Diri merupakan tindakan awal yang penting bagi calon-calon sebelum ditemuduga. Ianya merupakan satu dokumen penting yang digunakan olah majikan bagi menolong memudahkan proses mengenalpasti pemilihan calon untuk ditemuduga.
 Apa itu Resume?
  • satu dokumen rasmi yang peribadi mengenai diri anda untuk pertimbangan sesuatu jawatan.
  • satu dokumen iklan diri (bukan untuk tatapan umum) yang ditulis secara teratur bagi tujuan pertimbangan untuk sesuatu jawatan atau peluang kerjaya.
  • satu dokumen yang mengemukakan pencapaian serta prestasi diri.
  • satu dokumen yang boleh memperkenalkan serta menghubungkan anda sebagai pemohon dengan bakal majikan.
  • suatu alat pengukuran serta penilaian diri yang boleh mencerminkan sikap kreativiti serta persepsi anda terhadap kerjaya hidup & potensi diri.
Panduan Persediaan Sebelum Menulis Resume
  • para pelajar perlu merancang menyiapkan resume mereka pada atau sebelum tahun akhir pengajian.
  • seterusnya anda boleh mula mencatatkan maklumat-maklumat yang penting dan sesuai untuk diketahui oleh majikan.  Catat, senaraikan dan lihat kepentingan, kesesuaian serta keutamaannya.
  • Contoh :
a) Nama dan maklumat peribadi.
b) Alamat surat menyurat.
c) Latar belakang pendidikan (menengah ke atas).
d) Pencapaian dalam pendidikan.
e) Penglibatan dalam kokurikulum.
f) Anugerah serta kejayaan tertentu.
g) Pengalaman / latihan praktik (jika ada)
h) Kemahiran serta bakat tertentu.
  • seterusnya pilihlah rupa bentuk serta jenis resume yang difikirkan sesuai untuk memenuhi keperluan anda.
  • akhir sekali tulislah resume anda supaya hasilnya memuaskan pada anda serta menarik perhatian majikan.
  • hasil terakhir Resume mestilah ditaip di atas kertas yang sesuai dan bermutu (A4 – 80 gram).
Komponen-komponen Penting dalam Resume

 Komponen-komponen berikut biasanya dimasukkan ke dalam resume :
  • Nama penuh (mengikut kad pengenalan)
  • Gambar terbaru (saiz passport)
  • Butir-butir peribadi (tarikh & tempat lahir, taraf perkahwinan)
  • Alamat surat menyurat (termasuk poskad)
  • Alamat tetap (jika lain dari no. 4)
  • Objektif pekerjaan (sekiranya sudah pasti dan mesti sesuai dengan jawatan yang dipohon).
  • Latar belakang pendidikan (tinggalkan pendidikan rendah, kelayakan tertinggi lebih diutamakan).
  • Pengalaman kerja (termasuk kerja sementara & latihan amali).
  • Aktiviti kokurikulum dan persatuan.
  • Keahlian dalam badan-badan ikhtisas (jika ada) serta taraf keahlian.
  • Penglibatan masyarakat / komuniti.
  • Penerbitan (jika ada).
  • Taraf serta kemahiran berbagai bahasa.
  • Kemahiran lain (menaip, komputer).
  • Lesen memandu (taraf / gred).
  • Minat & kegemaran (mendaki, berenang, melukis).
  • Rujukan 2 orang yang kenal anda (bukan saudara mara).

No comments:

Post a Comment