Selamat sejahtera.Sebenarnya,
hari ini saya ingin berkongsikan satu topik, iaitu.. “Destinasi Sebenar Anda
Selepas SPM 2011”?
Ramai di antara rakan - rakan pelajar kita yang sebelum ini dah berjaya melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang diminati. Selain dari kelayakan serta keputusan cemerlang yang mereka terima, mereka juga cepat mengambil tahu tentang maklumat permohonan kerjaya.Mereka dahulupun sentiasa tertanya-tanya ke mana ye saya nak pergi selepas SPM ni? Dan kebanyakan mereka yang berjaya juga sentiasa mengambil tahu peluang dan permohonan kerjaya melalui media massa, buku panduan kerjaya yang TERKINI, surat khabar dan seumpamanya pelajar yang berjaya ialah pelajar yang banyak bertanya tentang status kerjaya dari semasa ke semasa.
DESTINASI ANDA SELEPAS SPM 2011
Kebanyakan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari hala tuju
masing-masing. Sukar untuk membuat keputusan tepat yang bakal menentukan masa
depan sendiri. Di sini apa kata anda baca sedikit mengenai pilihan kerjaya anda
selepas SPM.
1. Universiti
Pelajar-pelajar yang
mendapat keputusan cemerlang bolehlah memilih universiti sebagai destinasi
mereka selepas SPM. Jika anda ingin ke universiti, anda harus memohon UPU
lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana
IPTA di Malaysia.
2. Kolej Matrikulasi
Sekiranya
anda gagal mendapat program asasi melalui UPU, janganlah bersedih. Anda masih
boleh membuat program foundation atau pengajian asas di matrikulasi dalam bidang
Sains Hayat, Sains Fizikal atau Perakaunan.
Sama saja dengan asasi.
Selepas matrik, boleh apply UPU lagi untuk lepasan STPM/setaraf di mana anda
akan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Matrik ada yang programnya
setahun dan ada yang dua tahun bergantung kepada keputusan SPM
anda.
3. Luar Negara
Pelajar-pelajar yang mendapat
biasiswa akan melanjutkan pelajaran di luar negara. UK, US, Australia, New
Zealand, Indonesia, India, Japan, Korea, France, Egypt, Russia, Ireland dan
Canada antara negara-negara yang menjadi pilihan pelajar-pelajar
Malaysia.
4. Politeknik dan apa jua Program Teknikal dan Latihan.
Jangan berputus asa sekiranya anda gagal UPU dan matrik. Anda masih
boleh melanjutkan pelajaran di politeknik-politeknik seluruh Malaysia. Bila dah
dapat result SPM, mohon cepat-cepat sebelum tutup tarikh permohonan.
Di
politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma. Dengar-dengar ada 3 politeknik
yang bakal dinaik taraf menjadi universiti. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari
segi akademiknya. Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan
sebagainya.
5. Kolej-kolej
Kalau beli newspaper
sekarang ni, banyak iklan-iklan kolej swasta. Tapi kena pandai pilihlah kolej
mana yang bagus. Kalau nak sangat masuk kolej, saya rekemenkan anda masuk
kolej-kolej yang ada nama sikit seperti Kolej Mahsa atau Masterskill. Nanti
masuk kolej yang tak diiktiraf MQA (dahulunya LAN), susah nak dapat
kerja.
Ada juga kolej yang menawarkan program diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia. Contohnya di Kolej Shahputra ada ditawarkan program diploma UiTM. Anda juga boleh mohon Kolej Komuniti. Buatlah pilihan yang bijak.
6. Tingkatan Enam
Ramai pelajar lepasan
SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Kenapa
tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak
sekolah lagi kan?
Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada
perhimpunan dan sebagainya. Tak macam di universiti, matrikulasi atau kolej yang
ada sedikit kelonggaran.
Tapi sedar tak sedar, STPM juga berharga
sebenarnya. Kalau mohon UPU untuk STPM/setaraf, pelajar-pelajar lepasan STPM
diberi keutamaan dulu berbanding pelajar-pelajar lepasan diploma dan
matrikulasi.
7. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(SPA)
Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan ada juga yang
tak tahu langsung pasal SPA ini. SPA ni boleh anda mohon kerja-kerja tertentu
seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya.
Jika
permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga. Lulus temuduga barulah anda akan
ditawarkan melanjutkan pengajian di kolej-kolej kejururawatan. Untuk kerja
selain jururawat, saya tak berapa pasti.
8. ALAM
Sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan
yang lebih mencabar, bolehlah mohon Akademi Laut Malaysia
(ALAM).
9. Kursus Ketenteraan
Bagi sesiapa yang
berminat dengan aktiviti lasak serta tahan dengan cabaran dan dugaan fizikal
yang tinggi, bolehlah membuat permohonan ini. Terdapat banyak caranya dan anda
boleh rujuk di laman web atau buku panduan kerjaya yang TERKINI yang berdekatan
dengan anda.
10. Kursus Penerbangan
Mesti ramai yang
berminat dengan kursus ini.Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang,
pramugara, pramugari dan ahli-ahli biasa di kawasan lapangan penerbangan.
Kerjaya seperti juruterbang, pramugari dan pramugara ini lebih kepada di awangan
biru manakala ahli biasa lebih kepada proses teknikal di kawasan lapangan
penerbangan.
11. IPG
Bagi mereka yang berminat
menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini. Kerjaya ini sememangnya
menjanjikan kepuasan kerana kita dapat berbakti kepada anak bangsa kelak.
Walaupun agak mencabar serta bebanan tugas yang bakal ditempuhi, perkara ini
umpama seperti alah bisa tegal biasa. Jadi bekerjalah dalam mendidik anak bangsa
sehingga berjaya dan berguna untuk masyarakat dan negara kelak.
Konklusinya, berikut yang telah diterangkan adalah beberapa
destinasi yang pelajar Lepasan SPM 2011 yang boleh pilih. Banyak lagi sebenarnya
tetapi ini pun sudah mencukupi untuk merangkumkan segalanya. Saya doakan anda
berjaya kelak!!
|
Saturday, March 31, 2012
DESTINASI SEBENAR ANDA SELEPAS SPM 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment