Saturday, March 31, 2012

DAPATKAN TIPS TEMUDUGA DAN INFO KERJA KOSONG TERKINI PERCUMA!!!

Sila Masukkan Emel Anda Di Bawah:

Delivered by FeedBurner


SISTEM PERMOHONAN JAWATAN ATAS TALIAN DI KEMENTERIAN KESIHATAN

 


KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Sistem Permohonan Atas Talian (SPAT) sentiasa mengalu-alukan anda untuk membuat permohonan secara online untuk kekosongan jawatan sepanjang tahun berikut:

1. Atendan Kesihatan Gred U3

2. Pekerja Awam Khas (Otokleb) Gred R3

3. Pekerja Awam Khas (Pemandu Motobot) Gred R3

4. Pemandu Kenderaan Gred R3

5. Pekerja Awam Gred R1

6. Pembantu Am Pejabat Gred N1
Kelayakan minimun yang diperlukan hanyalah darjah enam dan PMR. Ini memang peluang baik kepada sesiapa sahaja. Sekiranya anda berminat menjadi kakitangan hospital, sila..
>> Lihat iklan penuh jawatan di sini <
Atau..
>> Isi permohonan atas talian melalui SPAT di sini <
P/s: Sila sebarkan peluang ini kepada rakan lain yang mungkin berminat dengan meminta mereka merujuk ke blog ini. Terima kasih.

Saturday, March 24, 2012

Info: Tawaran Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2011 dan Senarai Tawaran Biasiswa 2012/2013

Info: Tawaran Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2011 dan Senarai Tawaran Biasiswa 2012/2013





Biasiswa Buat Lepasan SPM 2011 - Sekalung tahniah buat para pelajar yang telah berjaya mendapat kejayaan penuh gemilang dan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang baru diumumkan. HH percaya anda tentu merasa sangat gembira dan bangga serta puas kerana telah berjaya mencapai keputusan baik, hasil usaha dan iltizam untuk berjaya.

Anda bukan sahaja membanggakan diri anda sendiri, tetapi telah membuktikan kepada keluarga bahawa anda merupakan seorang anak yang boleh diharapkan di masa akan datang.

Namun, diingatkan .... ini hanyalah satu permulaan yang baik untuk anda terus berjaya. Masih jauh langkah yang perlu anda lakukan untuk terus berjaya. Untuk itu ramai yang sedang mencari peluang untuk menyambung pendidikan .... dan .... pada masa yang sama, ada kekangan yang menghadkan langkah anda.

Usah bimbang, HH tahu ... ramai yang susah hati untuk sambung pelajaran dek kerana kekangan kewangan - dan kerana itulah, HH senaraikan seberapa yang boleh beberapa tawaran biasiswa yang boleh anda rebut untuk meneruskan impian serta cita-cita anda.

 
Senarai Biasiswa Lepasan SPM 2011 | Tawaran Untuk Biasiswa 2012/2013

Biasiswa Yayasan Proton
Terbuka buat mereka yang ingin melanjutkan pelajaran berkaitan automotif. Ada 3 kategori disediakan, biasiswa untuk pelajar cemerlang SPM2011 (cgpa 3.5 ke atas), biasiswa untuk keluarga kurang berkeupayaan (cgpa 3.0 ke atas) dan biasiswa untuk anak-anak kakitangan Proton. Para pelajar yang mendapat tawaran akan diberikan sehingga RM6,600 setahun + sebuah laptop percuma dan tawaran latihan (dengan elaun khas) dengan Proton.

Untuk memohon: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 30 April 2012

Biasiswa Petronas 2012/2013
Untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi PETRONAS atau universiti luar/antarabangsa cawangan di dalam Malaysia.

Permohonan secara online: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 28 Mac 2012

Bank Negara Malaysia Scholarship Award 2012/2013
Tawaran dibuka untuk semua lepasan STPM dan juga SPM yang baru sahaja diumumkan. Untuk lepasan SPM 2011, sekurang-kurang 8As (A dan A+ sahaja) adalah kriteria minimum yang ditetapkan. Info lanjut: KLIK SINI.

Permohonan secara online: BNM Scholarship Awarad 2012/2013
Tarikh tutup: 29 Mac 2012

British Council IELTS Scholarships 2012
Sebanyak RM50,000 keseluruhan disediakan kepada 5 pelajar Malaysia untuk lanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara di bawah program dari universiti yang diiktiraf oleh IELTS Sebanyak 2 tawaran biasiswa diberikan kepada pelajar yang berminat untuk sambung belajar di Australia dan Amerika Syarikat.

Permohonan secara online: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 30 Jun 2012

UTM Endowment Scholarship
Sebanyak RM2.5 Billion diperuntukan untuk program biasiswa ini. Kepada yang berminat, anda boleh layari http://www.utm.my atau telefon 07-553 0248/553 0185 (Unit Bantuan Kewangan).
Tarikh tutup: 16 April 2012

Biasiswa Yayasan Khazanah Nasional
Terdapat beberapa kategori biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Khazanah Nasional buat warga Malaysia serta warga asing yang ingin melanjutkan pelajaran. Anda boleh memilih mana-mana pilihan yang ada - terdapat 6 pilihan biasiswa ditawarkan oleh Yayasan Khazanah Nasional Malaysia.

Untuk melihat senarai serta info lanjut dan juga permohonan: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 1 April 2012

MREPC Scholarship Award
Tawaran biasiswa untuk semua yang berminat untuk mendapatkan biasiswa di bawah Kementerian Komoditi dan Asas Tani. Bidang yang berkaitan, adalah seperti kejuruteraan kimia, kejuruteraan mekanikal, elektrik dan elektronik, teknologi polimer, pemasaran dan perniagaan, alam sekitar serta IT.

Untuk info dan maklumat lanjut: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 30 March 2012

Biasiswa Yayasan Sime Darby
Terdapat beberapa biasiswa untuk para pelajar lepasan Diploma, STPM, SPM serta juga bantuan khas untuk golongan OKU. Anda boleh dapatkan senarai biasiswa oleh Yayasan Sime Darby.

Permohonan secara online di sini: Biasiswa Yayasan Sime Darby
Tarikh tutup: 20 April 2012


Untuk lebih banyak peluang, anda hanya perlu Google dan taip
'Tawaran Biasiswa 2012/2013' atau 'Scholarship Award 2012/2013 Malaysia'

Selamat memohon dan semoga berjaya.

Sunday, March 18, 2012

JAWATAN KOSONG KERAJAAN DAN SWASTA TERKINI 2012
http://www.ohjob.info/

KERJAYA

KONSEP PEMILIHAN KERJAYA
  • Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri.
  • Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya.
  • Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan.
  • Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja.

MASALAH PEMILIHAN KERJAYA REMAJA
  • Remaja kurang atau tiada kebolehan dalam membuat keputusan tentang kerjya kerana mempunyai minat yang pelbagai, minay yang tidak jelas atau tiada mempunyai minat.
  • Remaja tidak dapat menjangka dengan baik tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri dirinya.
  • Remaja kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan dunia pekerjaan.

STRATEGI PEMILIHAN KERJAYA

  • Mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu mengenal potensi diri.
  • Mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali dunia pekerjaan.
  • Memadankan individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai

Panduan Kerjaya : 7 Strategi Peningkatan Kerjaya

1. Mempunyai Wawasan
Seribu langkah bermula dengan langkah pertama", begitulah kejayaan harus dimulakan. Usahalah ke arah kejayaan, barulah kejayaan demi kejayaan dapat dicapai. Langkah pertama adalah "langkah keramat, langkah pendekar". Kena bersedia untuk memulakan langkah dengan menyediakan perancangan, mengkaji kemungkinan kejayaan dan kegagalan, menetapkan arah dan matlamat. Gambarkan kejayaan yang akan dicapai dan ganjaran yang diharapkan. Mempunyai wawasan adalah penting sebelum memulakan langkah pertama. Wawasan yang jelas bukan sahaja menjadi panduan untuk meningkatkan kejayaan seperti "kendil di malam hari" tetapi juga pendorong dan pembakar semangat ibarat "azimat" untuk mencapai matlamat. Kini dengan wawasan yang jitu melangkahlah dengan gagah dan berani.
2. Kepakaran ‘Hard Skill
Kita sering mendengar istilah "Jack of all trades but master of none" yang menggambarkan kebolehan yang pelbagai tetapi tiada kepakaran dalam bidang tertentu. Keadaan seperti itu tentulah menyukarkan kerana kita memerlukan pakar dalam bidang tertentu. Ada pelbagai bidang kerjaya seperti ekonomi, kejuruteraan, perubatan, sains sosial, perguruan dan lain-lain. Umpamanya bidang Kejuruteraan mempunyai banyak cabangnya seperti kejuruteraan mekanikal, sivil dan elektrikal. Dalam kejuruteraan mekanikal pula terbahagi kepada beberapa cabang seperti mekanikal industri, automotif dan lainnya. Begitu juga perubatan mempunyai pelbagai bidang kepakaran seperti orthopedik, obstetrik dan genecologi, pediatrik, surgeri dan ubatan. Kemampuan dan kebolehan dalam hard skill tertentu penting untuk menjadi pakar dan meningkatkan kerjaya.

3. Kebolehan ‘Soft Skill
Hasil kajian mendapati 70 peratus kejayaan meningkatkan kerjaya adalah kerana adanya ‘soft skills’ manakala selebihnya atau 30 peratus adalah sumbangan ‘hard skills’. Soft skill adalah ilmu kemanusiaan seperti kebolehan berkomunikasi, berinteraksi dan memahami "body language." Hubungan sesama insan sama ada secara horizontal ataupun vertical akan membantu individu behubungan dan berkomunikasi secara berkesan dari pelbagai arah dan dimensi yang seterusnya membantu membina kerjaya.

4. Pengwujudan Jaringan
Jaringan atau networking membolehkan soft skill dan hard skill disalurkan dalam melaksanakan pekerjaan. Kebolehan dan kemampuan dalam kedua-dua bidang ini tidak bermakna jika tidak dapat dimanfaatkan. Kemahiran kedua-dua skill ini akan terus meningkat jika diamalkan berterusan. Pengalaman dikatakan "guru yang zalim" kerana kita terpaksa melaluinya barulah mengetahui akibatnya tetapi soft skill dan hard skill perlu melalui proses pengalaman untuk menjadi matang dan membantu untuk meningkatkan kerjaya.

5. Sokongan
Mentor Di sebalik kejayaan individu itu biasanya ada beberapa individu yang membantu di belakang kejayaan itu. Mentor atau penasihat atau Shi-fu adalah individu yang dirujuk atas sesuatu hal tertentu seperti kewangan, pentadbiran, hal peribadi dan teknikal. Beberapa individu berkemungkinan menjadi mentor kepada seseorang itu yang terdiri daripada rakan karib, sepupu, dan suami/isteri. Sebenarnya ketua atau "boss" kita adalah mentor yang terbaik. Setiap mentor mempunyai kelebihan atau kepakarannya seperti yang mencangkupi bidang tertentu, kerjaya atau kehidupan. Kumpulan mentor inilah yang akhirnya akan menjadi ‘think tank group’.

6. Menggunakan Teknologi
Kemajuan teknologi telah mempercepatkan proses peradaban manusia. Teknologi telah membantu manusia melaksanakan tugas kerja lebih cepat, pantas dan tepat. Kebolehan dan kemahiran menggunakan teknologi seperti komputer, internet dan pelbagai software adalah penting supaya tugas dapat dilaksanakan dengan efisien, berkesan dan mencapai tahap maksimum yang dikehendaki. Internet menyimpan banyak khazanah maklumat dalam hampir semua perkara dan amat mudah untuk mendapatkannya, semudah ABC, tak sampai pun tiga saat jika kita mengetahuinya. Tetapi maklumat itu hanya akan tinggal maklumat sebagai "raw data" jika tidak diakses seterusnya difahami dan menjadi ilmu yang kemudiannya diamalkan dan memberi manfaat manusia sejagat. Seperti juga buku, walaupun buku mempunyai maklumat tetapi jika tidak dibaca, maklumat hanya akan tinggal maklumat dan tidak mendatang apa-apa kebaikan. Oleh itu, menggunakan teknologi adalah kelebihan dan dapat meningkat kerjaya seseorang.

7. Teguh Jati Diri
Pokok yang berdiri gagah dan bangunan yang teguh mencakar langit adalah kerana asasnya yang kukuh. Akar tunjang atau akar serabut yang mencengkam tanah menyebabkan pokok itu terus gagah walaupun dilanda angin yang kuat. Begitu jugalah jati diri manusia, perlulah teguh menghadapi ancaman luar yang mencabar. Dalam meningkatkan kerjaya sememang memerlukan perubahan tetapi bukan perubahan jati diri. Cabaran yang bakal dihadapi bukanlah kepalang. Bukan mudah untuk menjadi pohon rimbun yang menjadi tempat berteduh. Asas-asas nilai murni, amalan, mendalami dan mengamalkan segala Rukun Islam dan Rukun Iman perlu diperkukuhkan secara berterusan, konsisten dan istiqamah sejak awal. Sifat amanah, dedikasi dan bertanggungjawab perlu diamalkan sehinggalah mencapai puncak kejayaan kerjaya dan selepas itu kerana akhirnya kita akan dipertanggungjawabkan dia atas segala kejayaan yang dicapai. Kejayaan tulen adalah kejayaan di dunia yang mampu menjamin kejayaan di akhirat. Apalah gunanya memiliki segunung emas kalau nanti tak mampu membeli pondok buruk di akhirat. Bukankah di dunia ini lebih baik memiliki sekeping ‘wang perak’ yang mampu membina sebuah mahligai di syurga.